AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP MEREKA YANG MELAKUKAN KEGANASAN

AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP MEREKA YANG MELAKUKAN KEGANASAN

Rakyat Malaysia baru saja bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace untuk menghantar mesej kepada seluruh Malaysia dan dunia bahawa tiada tempat untuk keganasan, ucapan benci, dan ekstremisme. Semasa Perhimpunan hari ini, Rakyat Malaysia telah menegaskan komitmen kita untuk menjamin keamanan sebalik segala perbezaan dan terus berusaha kearah membina sebuah budaya keamanan.

Walaubagaimanapun, hanya semalam, sebanyak tujuh mahasiswa yang menyertai satu demonstrasi secara senyap dan aman terhadap RM2.6bil yang dicuri daripada 1MDB telah diserang secara ganas oleh penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Mereka telah diganggu, diugut, ditolak, ditampar, dan dilontarkan dengan kata-kata bersifat rasis, malah salah seorang pelajar juga dilihat dicekik dari belakang dengan kejam.  Pelajar tersebut mungkin terbunuh sekiranya tidak ada campur tangan polis yang bertugas pada masa itu.

Pihak polis, sehingga kini, belum bertindak terhadap mereka yang bersalah. Sebaliknya, kumpulan mahasiswa tersebut telah diheret ke balai polis untuk disoal siasat walaupun pesalah masih bebas untuk merayau.

Kekasaran juga dilakukan terhadap dua orang wartawan yang diugut kerana melaporkan insiden yang berlaku di Universiti Malaya.

TIndakan-tindakan keganasan tidak boleh diterima dan hanya boleh dikecam. Pihak polis mesti bertindak sekarang. Tangkap pesalah-pesalah dan penjarakan mereka sekiranya mereka didapati bersalah.

Hanya beberapa minggu dahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mendakwa bahawa penganjur Perhimpunan Hari Wanita 2019 gagal menyerahkan notis berkenaan perhimpunan tersebut dalam waktu yang ditetapkan iaitu 10 hari. Namun begitu, para penganjur telahpun menghantar notis tersebut. Hasilnya, para penganjur telah diganggu dan diheret untuk disoal siasat secara sia-sia.

Kegagalan pihak polis untuk bertindak dengan segera and secara adil telah mengantar mesej yang salah iaitu bahawa pihak polis menerima keganasan yang dilakulan oleh kumpulan samseng dan gangster dan akan bertindak menahan orang secara terpilih, terutamanya dari kalangan masyarakat sivil dan wartawan. 

Menteri Dalam Negeri mesti bertanggungjawab dalm hal ini. Demi melindungi imej pihak polis, mereka mesti mengendalikan kes ini secara cepat dan adil dan bertindak dengan segera untuk menahan mereka yang bersalah.

Janganlah kita melupakannya. Himpunan Kedamaian hari ini melambangkan aspirasi yang dikongsi oleh kita semua untuk menghentikan segala bentuk kegansan dan untuk melindungi hak asasi untuk setiap orang. Keamanan yang benar bererti kita harus mempertahankan hak asasi untuk semua dan janganlah kita mengabaikan apa yang telahpun kita capai ketika Perhimpunan Kedamaian hari ini. 


Maria Chin Abdullah
Ahli Parlimen Petaling Jaya

Kredit Gambar: Shafwan Zaidon