Bicara #Wanita105

Bicara #Wanita105

Sukarelawan Pejabat Parlimen #105PJ hari ini telah menganjurkan satu Program Focus Group Discussion bernama Bicara #Wanita105.

Objektif Program Bicara Wanita adalah untuk 1. Mengetahui isu yang dihadapi oleh wanita, gadis dan kanak-kanak perempuan. 2. Mengapa isu masalah ini berlaku? 3. Apakah masalah yang dihadapi penduduk? 4. Bagaimana isu ini dapat diselesaikan? dan 5. Apakah program yang dapat membantu misalnya latihan kemahiran jenis apa?

Masalah yang dihadapi oleh wanita-wanita Taman Medan termasuk kekurangan sokongan dari segi ekonomi, pendidikan dan politik.

Antara program-program yang paling diminati oleh golongan wanita ini termasuk bengkel-bengkel celik IT, kesihatan wanita dan penguasaan Bahasa Inggeris.

Seramai 50 orang wanita telah menyertai acara ini pada hari ini. Ini merupakan Bicara Wanita yang pertama diadakan dan pihak sukarelawan #105PJ akan mengadakan beberapa lagi Focus Group Discussion sepanjang Ogos ke October.

Saya juga amat gembira kerana kita telah berjaya mengenalpasti bakal pemimpin daripada golongan wanita yang boleh menolong memperkasakan wanita yang lain di komuniti mereka.