HENTIKAN PEMBULIAN SIBER TERHADAP WARTAWAN

HENTIKAN PEMBULIAN SIBER TERHADAP WARTAWAN

Saya merujuk kepada serangan online terhadap seorang wartawan Malaysiakini yang baru-baru ini menulis sebuah artikel mengenai pandangan Menteri Alam Sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan isu pembalakkan di Kelantan.

Terdapat beberapa netizen yang bertindak secara melampaui batas sehingga ada yang menyebarkan gambar wartawan tersebut secara meluas, melontarkan komen-komen yang rasis dan juga mengugut wartawan tersebut.

Saya ingin menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu jenayah terhadap wartawan tersebut dan satu cubaan untuk menghalangnya daripada bersuara.

Kalau tiada tindakan yang diambil terhadap ugutan-ugutan tersebut, ini akan menjejaskan suasana kebebasan media yang berlaku sejak tahun 2018 dan menyebabkan para wartawan berasa terancam dan takut untuk melaporkan apa yang mereka dengar.

Kebisuan Kerajaan Perikatan Nasional seolah-olah memberi persepsi bahawa mereka menyokong perbuatan pembuli siber dan sekatan ke atas hak kebebasan media. Kita tidak boleh menggalakkan amalan ini daripada merebak dalam kalangan masyarakat kita sehingga menjadi sesuatu kebiasaan walaupun di antara kanak-kanak dan remaja.

MARIA CHIN ABDULLAH
AHLI PARLIMEN PETALING JAYA