KEMPEN KESIHATAN FLAT TAMAN MEDAN CAHAYA

KEMPEN KESIHATAN FLAT TAMAN MEDAN CAHAYA

Satu Kempen Kesihatan telah diadakan pada 21 Julai yang lalu di Block A&B Flat Taman Medan Cahaya. Kempen ini telah dianjurkan oleh para pelajar perubatan dari Universiti Malaya. Aktiviti ini telah disertai oleh sukarelawan-sukarelawan daripada Pejabat Parlimen Petaling Jaya. YB Maria Chin Abdullah turut hadir untuk merasmikan kempen kesihatan ini. Beliau juga telah menyertai senaman Zumba bersama dengan penduduk-penduduk dari Taman Medan Cahaya.

Kempen kesihatan tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Zumba, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan Gigi, Pendaftaran untuk Skim Peduli Sihat, kaunselling dan juga bengkel untuk mereka yang minat tentang gaya hidup yang sihat, cara berhenti merokok, dan kemurungan yang dialami wanita selepas bersalin.

Pelajar UM akan menggunakan data yang dikumpul dari para penduduk di Taman Medan Cahaya untuk mendapat maklumat tentang tahap kesihatan penduduk.

Tags:
,