MEI 9

MEI 9

Semalam, rakyat Malaysia telahpun keluar dan menjayakan satu daripada proses yang amat penting untuk demokrasi di negara ini.

Tak kira pandangan politik kita, setiap rakyat Malaysia patut berasa bangga dan tidak seharusnya rasa dukacita dengan keputusan dalam pilihanraya ini.

Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu pada detik yang penting ini. Kita tidak boleh membenarkan apa yang kita capai pada hari ini hilang.

Dalam pilihanraya ini, Pakatan Harapan telahpun menumbangkan beberapa kubuh kuat Barisan Nasional dan memperolehi majoriti yang cukup kuat di parlimen.

Rakyat negara ini telahpun bersuara dan sudah tiba masanya untuk kita mengejarkan impian kita demi sebuah masa depan yang cerah. Kita harus meneruskan perjuangan kita untuk mencetuskan perubahan untuk kebaikan semua lapisan masyarakat yang majmuk ini.

Pada masa yang sama kita tidak seharusnya abaikan dan lupa ketidakcekapan yang ditunjukan pihak SPR dalam menangani pilihanraya kali ini.

Semalam pun terdapat banyak percanggahan-percanggahan yang ditemui dan telahpun dilaporkan kepada pihak polis.

Di kawasan Taman Medan yang dibawah kerusi parlimen P105 Petaling Jaya di mana saya telah bertanding, terdapat dua kes di mana para pengundi tidak dibenarkan menunaikan tanggungjawab dan hak mereka sebagai pengundi.

Pihak SPR tidak membenarkan pengundi ini mengundi walaupun mereka telah beratur selama beberapa jam.

Tidak ada alasan bagi pilik SPR untuk membenarkan pekara-pekara sebegini berlaku secara berleluasa apatah lagi semasa berlakunya satu pilihanraya yang cukup penting dalam negara Malaysia.

Saya juga ingin berterima kasih kepada penundi di P105 Petaling Jaya kerana menyokong saya dengan memberikan saya majority yang besar.

Sepanjang proses pilihanraya ini saya telah mendengar kisah-kisah daripada penduduk-penduduk di Petaling Jaya yang menyentuh hati saya.

Mereka telah menceritakan pergelutan mereka akibat daripada masalah ekonomi dan pengurusan negara ini.

Ramai di antara kita tidak lagi mampu menampung kos keperluan asas lagi. Ekonomi kita pula semakin merosot.

Pada masa yang sama, kita dapat lihat institusi-institusi negara kita juga sedang roboh.

Dengan itu, saya ingin mengesahkan semula bahawa saya tidak akan mengabaikan matlamat saya untuk mengukuhkan agenda reformasi saya apabila di parlimen.

Melalui kerjasama dengan Pakatan Harapan, saya bertekad untuk menjadi seorang ahli politik yang memperjuangkan keperluan mereka yang tertindas.

Kita harus bersatu padu dalam menjayakan usaha-usaha yang ingin kita capai demi kesejahteraan negara. Sudah tibanya masa untuk kita menegakan keadilan yang telah dirampas dari kita sejak sekian lamanya.

Maria Chin Abdullah
10 Mei 2018