Program Mengecat Flat Desa Mentari

Program Mengecat Flat Desa Mentari

Pejabat Parlimen Petaling Jaya pada 24 Ogos yang lepas, telah menganjurkan satu program gotong-royong dan mengecat dinding di tingkat bawah dan lif lobi Blok 4, 5 dan 6, Desa Mentari. Program ini dinamakan Komuniti Kerajaan Prihatin dan merupakan satu initiative #105PJ di bawah Jawatankuasa Perumahan Pejabat Ahli Parlimen Maria Chin Abdullah.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan nilai pemilikan dan memupuk semangat komuniti di kalangan penduduk Desa Mentari. Program ini akan dilanjutkan sepanjang tahun ini, dengan satu blok dicat setiap bulan sehingga semua 8 blok di Desa Mentari berkeadaan bersih dan cantik.

Pada 24 Ogos, iaitu hari Pelancaran Program Komuniti Kerajaan Prihatin, sukarelawan Pejabat Parlimen telahpun mengendalikan aktiviti gotong royong dan mengecat dinding bersama dengan penduduk Desa Mentari dan sebanyak 40 kakitangan dari Deloitte yang menyertai program ini atas Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka. Deloitte juga telah menyumbangkan cat dan berus untuk kegunaan para sukarelawan.

Turut serta ke acara perasmian program ini termasuklah, YB Maria, Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Kerajaan Negeri Selangor YB Haniza Talha dan Ahli Majlis MBPJ Zon 22 Pn. Nurainie Haziqah Shafii.

Diharap bahawa masyarakat setempat dapat bekerjasama dengan kerajaan, dan disokong oleh syarikat korporat untuk menghasilkan perubahan holistik kepada komuniti mereka. Ini akan menjadikan kawasan sekelilingan lebih mesra dan bersemangat komuniti.

Jawatankuasa Perumahan Maria Chin Abdullah telahpun bekerjasama dengan NGO MyPj dalam menjayakan program ini.

Matlamat projek ini adalah selari dengan matlamat YB Maria Chin Abdullah untuk membangunkan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar yang selamat, inklusif, dan mampan melalui penyertaan dan pemerkasaan masyarakat

Initiatif #105PJ akan menghasilkan strategi-strategi pembangunan mampan ke arah bekerja dengan komuniti-komuniti yang terpinggir, untuk mengurangkan dan mungkin juga menghapuskan masalah sosial.