Selamatkan Pekerjaan Dalam PKP 2.0: 6 Bulan Moratorium Pinjaman Secara Automatik dan Subsidi Upah Seperti PKP 1.0

Selamatkan Pekerjaan Dalam PKP 2.0: 6 Bulan Moratorium Pinjaman Secara Automatik dan Subsidi Upah Seperti PKP 1.0

KENYATAAN MEDIA BERSAMA 25 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG BERTARIKH 23 JANUARI 2021

Selamatkan Pekerjaan Dalam PKP 2.0: 6 Bulan Moratorium Pinjaman Secara Automatik dan Subsidi Upah Seperti PKP 1.0

1. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 baru sahaja dilanjutkan, Malaysia belum lagi menyaksikan penurunan jumlah kes Covid-19. Keyakinan para pelabur tempatan mahupun antarabangsa berada pada tahap terendah dan pakej rangsangan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 baru-baru ini hanyalah bersifat kosmetik dan tidak memadai berbanding kesan daripada PKP 2.0 dan Darurat.

2. Kini kadar penggangguran meningkat dengan mendadak. Sekiranya tidak ada tindakan yang lebih agresif, lebih banyak industri PKS yang bakal mengalami kerugian dan akan mengakibatkan kehilangan lebih banyak pekerjaan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, kami menggesa Kerajaan untuk segera:

(a) melaksanakan moratorium pinjaman secara automatik untuk tempoh 6 bulan seperti yang dilakukan semasa PKP 1.0. Ini akan menghilangkan keresahan dan birokrasi dengan segera. Industri PKS atau mereka yang tidak terkesan boleh meneruskan pembayaran pinjaman mereka seperti biasa. 6 bulan moratorium pinjaman secara automatik akan meningkatkan aliran tunai kepada sektor ekonomi malah merancakkan aktivitinya. Dengan cara ini individu dan PKS akan mempunyai lebihan tunai yang dapat membantu meningkatkan pendapatan semua jenis perniagaan, seterusnya akan menggalakkan mereka mengekalkan atau mungkin menambah lebih ramai pekerja (bukannya membuang pekerja) sepanjang menghadapi pandemik ini; dan

(b) meningkatkan kadar subsidi upah PERKESO RM600 setiap pekerja kepada jumlah yang lebih tinggi (kepada yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000) dan melanjutkannya untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Jumlah subsidi RM600 sebulan yang diberikan sekarang tidak memadai dalam menghadapi PKP 2.0 dan Darurat yang telah menunjukkan kesannya ke atas beberapa sektor. Subsidi upah selama tempoh 6 bulan akan menggalakkan para majikan untuk tidak membuang pekerja dan membantu mereka bertahan sehingga separuh tahun akibat penyusutan jualan dan aliran tunai. Bagi sesetengah yang lain, ini juga mungkin mendorong mereka untuk mengambil pekerja semula.

3. Ini adalah masa yang luar biasa. Kerajaan harus mengambil langkah yang luar biasa juga untuk menyelamatkan sektor pekerjaan. Peningkatan jumlah penggangguran bakal merugikan negara sehingga tidak ada lagi pakej rangsangan yang mungkin dapat membantu kita pada masa depan. Kerajaan Perikatan Nasional sebenarnya telah pun tewas kepada negara jiran ASEAN kita dalam daya saing mereka untuk menarik pelabur asing akibat kelemahan, ketidakcekapan dan ketidakstabilan politik. Kekal dengan sindrom penafian dan kedegilan untuk merubah sesuatu yang lebih berkesan untuk sektor perniagaan hanyalah paku keranda terakhir untuk ekonomi kita yang parah dan berdarah.

1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)
2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)
3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)
7. Datuk Rozman Bin Isli (Ahli Parlimen Labuan)
8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
14. Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji (Ahli Parlimen Raub)
15. Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)
17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)
20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)
21. P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu)
22. M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)
23. Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)
24. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
25. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)

———

JOINT MEDIA STATEMENT BY 25 OPPOSITION MPS DATED 23 JANUARY 2021

Saving Jobs in MCO 2.0: 6 Months Automatic Loan Moratorium and Wage Subsidy similar to that given in MCO 1.0

1. Even though the MCO 2.0 has just been extended, Malaysians have yet to see a decrease in the number of Covid cases. Investors’ confidence, both domestic and foreign hitting rock bottom and the stimulus package Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) announced by the Prime Minister on 18 January 2021 is like a drop in the bucket in cushioning the impact of MCO 2.0 and the Emergency.

2. Unemployment is soaring. If there are no other aggressive measures, more SMEs will go under, leading to more job losses. To prevent this from taking a nosedive, we urge the government to urgently:

(a) impose automatic loan moratorium for 6 months for all similar to that introduced during MCO 1.0. This can remove anxiety and bureaucracy almost immediately. SMEs/individuals which are not affected can continue with their existing loan repayment. 6 months automatic loan moratorium will improve cash flow in the economy hence creating economic activities. Individuals and SMEs will have more cash at their disposal, which in turn will help to improve the bottom line for all businesses, encouraging them to keep and maybe increase employment (instead of cutting jobs) as they work through this pandemic; and

(b) to increase the PERKESO wage subsidy of RM600 per worker to a higher amount (for those earning below RM4000) and to extend it for at least 6 months. The current RM600 subsidy for one month only is insufficient as the aftermath of MCO 2.0 and the Emergency are still in the process of unveiling itself for some sectors. 6 months wage subsidy will greatly encourage employers not to resort to cutting jobs and help carry them through half of this year as they face reduced sales and cash flow. For some, it may also encourage them to start recruitment again.

3. This is an extraordinary time. The government should take extraordinary measures to save jobs. The full consequences of rising unemployment may hurt the nation in ways no future stimulus package can aid. The Perikatan Nasional government has already lost out to our ASEAN neighbours in their competitiveness to attract foreign investors because of sheer incompetence, inefficiency and political instability. Further denial and stubbornness to do more for the business sector is one more nail in the coffin for our bleeding economy.

1. Darell Leiking (MP Penampang)
2. Syed Saddiq (MP Muar)
3. Mohd Azis Jamman (MP Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (MP Segambut)
5. Yeo Bee Yin (MP Bakri)
6. Baru Bian (MP Selangau)
7. Datuk Rozman Bin Isli (MP Labuan)
8. Salahuddin Ayub (MP Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (MP Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (MP Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (MP Kota Belud)
12. Mahfuz Omar (MP Pokok Sena)
13. Khalid Samad (MP Shah Alam)
14. Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji (MP Raub)
15. Maria Chin (MP Petaling Jaya)
16. Wong Shu Qi (MP Kluang)
17. Teresa Kok (MP Seputeh)
18. Dr Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor)
19. Dr Lee Boon Chye (MP Gopeng)
20. Kasthuriraani Patto (MP Batu Kawan)
21. P. Prabakaran (MP Batu)
22. M. Kulasegaran (MP Ipoh Barat)
23. Chong Chieng Jen (MP Stampin)
24. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (MP Merbok)
25. Sivarasa Rasiah (MP Sungai Buloh)

———

在行管令2.0之下保就业:落实同行管令1.0一样的六个月暂缓还贷措施与薪资补贴措施

1. 尽管政府近日才宣布延长行动管制令2.0,但我们依然未见新冠肺炎确诊人数下降的趋势。无论是外国投资者还是国内资本的信心都降到谷底,首相在1月18日宣布的保护马来西亚人民与经济配套(PERMAI)根本就是杯水车薪,无法缓冲行管令2.0以及紧急状态带来的冲击。

2. 失业率正在上升,如果政府再不采取更激烈的手段,我们会看见更多中小型企业关门,更多人失业。防范未然,我们吁请政府落实以下措施:

(a) 落实和行管令1.0一样的自动暂缓还贷措施六个月。减少负债者需要承担的繁杂手续与焦虑情绪,不受影响的中小型企业与个人可以继续还贷。六个月的暂缓还贷措施,将有效增加市场上的现金流,创造更多经济活动。个人与中小型企业掌握更多金钱的情况下,所有企业才有机会反弹,鼓励他们在疫情底下,至少保住或甚至增加聘雇,而不是裁员。

(b) 增加社会保险机构补贴每一名工人(受薪4000令吉以下)的600令吉薪资补贴,并延长至少六个月。目前每一名工人的600令吉补贴远远不足,而且行管令2.0落实之后,也才延长一个月的措施,更是无法有效缓解目前问题,何况紧急状态为某些领域所带来的冲击都还没有浮出水面。六个月的薪资补贴将鼓励雇主保住雇员,即便在销售、金流都捉襟见肘的时刻,大家一起度过这个难关。这个措施甚至可能鼓励某些雇主重新招聘。

3. 目前状况非比寻常,政府应该采取非常手段保住所有人的就业机会。失业率上升将会严重伤害我国利益,日后才来刺激经济也未必能弥补创伤。在吸引外资一事上,国盟已经因为本身的不济、没效率、政治动荡等原因输给其他东盟国家。若继续固执己见,拒绝为经济领域下重本,只会让我们的经济一去不复返。